Saturday, 26 January 2013

belajar sains




MEMAHAMI KEMANDIRIAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

KEMANDIRIAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

  • ยท         PENYEBARAN BIJI BENIH

1.    Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesisnya iaitu memastikan spesisnya dapat terus hidup di bumi ini.

2.    Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesisnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.

3.    Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya :-

4.    Untuk penyebaran yang berkesan, struktur fazikal biji benih/ buah     disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.

5.    Antara penyesuaian ini ialah:

Cara Penyebaran

Penyesuaian Biji Benih/ Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik,harum/ sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam

Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu

Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara

Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering


  • ยท         RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN

1.    Perhubungan makanan antara organism hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk:

a)    Rantai makanan
b)    Siratan makanan

2.      Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisme hidup secara linear.

3.      Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan.

4.      Contoh rantaian makanan :-



5.      Semua rantaian makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan).

6.      Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.

7.      Tikus, ular dan helang adalah contoh pengguna.

8.      Pengguna yang memakan pengeluar disebut primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.

9.      Pengguna yang memakan pengguana primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.

10.  Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.

11.  Tenaga berasal daripada Matahari.

12.  Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks membentuk siratan makanan.

No comments:

Post a Comment